2. Ia melahirkan tenaga positif (positive energy) yang memampukan kita melihat sesuatu hal atau perkara dalam letak duduk sebenar ia, seterusnya membenarkan kita mengolah rentak hidup agar tidak lari dari landasan menuju redha Tuhan.
3. Orang yang masih mencari-cari matlamat hidupnya hanya perlu menghampirkan diri kepada Sang Penciptanya. Perjanjian dengan Dia Yang Haq, yang telah dilupakan oleh diri setelah hadir ke dunia ini, bisa diingat kembali melalui solat yang khusyu'.
4. Solat mengukuhkan (reaffirms) dan memperjelaskan (clarifies) hala tuju hidup kita, lantas hari dimulakan dengan penuh semangat kerana tujuan hidup hanyalah buat DIA.
5. Do'a tulus yang penuh harap menunjangi lagi iktikad diri bahawa Tuhan itu ada, dan Dia bisa saja mengurniakan apa saja yang kita pohon. Lalu tiada istilah putus asa dalam menjalani hidup.
6. Jiwa yang tahu segala usaha dan ikhtiar yang dipenuhi keyakinan tidak akan disesiakan Tuhan menzahirkan keazaman dengan penuh cekal dan tabah, tidak sekali-kali berhenti walau didatangi sejuta satu halangan dan dugaan.
7. Ia yakin lambat laun akan hadir teman-teman yang benar ikhlas untuk Dia kerana resonans positif dari suatu jiwa lambat laun akan mempertautkan ia dengan jiwa-jiwa yang berada pada frekuensi yang sama.
7. Ia yakin lambat laun akan hadir teman-teman yang benar ikhlas untuk Dia kerana resonans positif dari suatu jiwa lambat laun akan mempertautkan ia dengan jiwa-jiwa yang berada pada frekuensi yang sama.
8. Segalanya untuk Dia - seluruh hidup dan mati, setiap amal dan perbuatan adalah bukan kerana yang lain.
9. Tempoh masa yang dianugerahkan Tuhan benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya. Live life to the fullest kata orang putih.
10. Dan dengan itu hidup dikemudi agar saat dijemput Izrail, jiwa sudah menyempurnakan amanat-amanat dari-Nya, tiada penyesalan dalam hidup, dan redha Tuhan adalah miliknya.